|
Umat Islam umumnya sukar untuk mengetahui waktu solat atau tempat beribadah yang berhampiran sekiranya pergi bercuti. Tambahan lagi tempat tersebut baru pertama kali dilawati, pasti bukan mudah untuk mendapatkan maklumat mengenainya.
Ruang info membantu anda mendapatkan maklumat seperti waktu solat, arah kiblat, waktu dunia, tukaran wang (forex), tempat beribadah, serta alamat balai bomba, balai polis dan hospital. Waktu solat mengandungi jadual waktu solat secara bulanan. Ruangan waktu dunia menyajikan waktu di luar negara. Tempat beribadah pula mengandungi alamat masjid-masjid yang terdapat di dalam juga di luar negara. Begitu juga dengan balai bomba, balai polis dan hospital yang diisi dengan info mengenai alamat untuk mudah dihubungi mahupun dikunjungi.
.png)
Pengisian yang kami beri diharap dapat membantu kita mengatasi sebarang masalah yang berlaku. Adanya ruang info diharap mampu memberi maklumat yang anda perlukan. Kita bukan sahaja dapat mengetahui waktu solat dan tempat menunaikannya, bahkan kita juga dapat mengetahui hospital berhampiran. Lokasi balai polis yang kami sediakan juga mampu membantu kita sekiranya tersesat jalan atau tidak tahu arah yang perlu diikut. Bayangkan jika berlakunya kecemasan, lokasi balai polis ini pasti dapat menyelesaikan masalah. Info bukan sahaja dari seluruh Malaysia, malah serata dunia boleh anda layari di sini. Tidak perlu lagi mengunjungi beberapa web berbeza bagi mendapatkan maklumat kerana semuanya boleh anda dapatkan di www.dunyahalal.com. Hanya yang Halal.
|